PROFIL

SEJARAH PONDOK ADEK

·        ‘Pondok Adek’ telah di tubuhkan pada awal tahun 2009, sebagai tempat pengajian bacaan al-Quran / ’Iqra , hafazan surah-surah al Quran, Bahasa Arab dan pelajaran Fardhu Ain terutamanya bagi kanak-kanak di kawasan sekitar Shah Alam ,Selangor.

·        ‘Pondok Adek’ telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menurut Peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nama “ ADEK COTTAGE RESOURCES”      ( SA 0022054-T). Adek Cottage Resources turut mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai Pusat Mengajar.

·        ‘Pondok Adek’ beroperasi di alamat : No. 20, Tingkat 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, G9/G Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. Lokasi tempat pengajian ini adalah dibelakang Mc Donald dan diatas Klinik Pediatrik Adek (Klinik Pakar Kanak-Kanak), Seksyen 9, Shah Alam.

·        Pengasas ‘Pondok Adek’ .adalah Dr. Hj. Amdan bin Ahmad, Pakar Perubatan kanak-kanak klinik pediatrik Adek ,Seksyen  9, Shah Alam, dengan dibantu oleh isterinya, Dr. Hjh. Zainab binti Ramli. 

VISI

·        Untuk menjadi “Pusat Perkembangan Kanak-kanak Islam yang Terunggul “di Shah Alam, Selangor.

OBJEKTIF

·        Melahirkan anak-anak cilik ilmu agama dan mengenali Al-Quran dari usia yang muda lagi.
·        Memberi peluang Pendidikan Awal Agama kepada kanak-kanak seusia
      4 tahun dan keatas.
·        Membina sahsiah kanak – kanak berlandaskan syariat Islam.

OBJEKTIF KHUSUS  
PENGAJIAN AL-QURAN & FARDHU AIN
o       Selaras dengan pengajian J-Qaf dan Kafa.
o       Memahami ilmu tajwid dan mengetahui kesalahan besar dan kecil dalam pembacaan Al-Quran.
o       Mengetahui tingkatan-tingkatan bacaan Al-Quran
o       Mengetahui hukum bacaan izhar,idgham,Ihfaq,iqlab dan mengetahui huruf-huruf hukum bacaan tersebut.
o       Mengetahui hukum bacaan nun dan mim sabdu (dengung)
o       Mengetahui hukum bacaan min sukun –ikhfaq,idgham,izhar
o       Mengetahui makna serta bahagian-bahagian mad dan contoh-contohnya
o       Mengetahui kadar bacaan pada jenis-jenis mad
o       Mengetahui ra’(tebal, nipis serta ra’ yang harus baca tebal dan nipis).
o       Memahami sifat dan huruf bagi hukum Idgham dalam bacaan Al-Quran.
o       Mengetahui maksud tanda-tanda waqaf yang terdapat di dalam Al-Quran.
o       Memahami makna sebenar rukun Islam dan Iman.
o       Mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan bersuci seperti istinjak, najis, air yang digunakan untuk bersuci dan cara-cara mengambil wudhuk yang sempurna.
o       Mengetahui syarat-syarat dan rukun solat fardhu serta cara melakukan solat dan bacaan-bacaan di dalam solat.
o       Mengetahui tentang puasa, syarat-syarat puasa dan rukun-rukun puasa.

Read more...