MAKLUMAT TENAGA PENGAJAR & PELAJAR
PONDOK ADEK
TENAGA PENGAJAR
· ‘Pondok Adek‘ mengambil tenaga pengajar daripada lepasan didalam dan diluar negara dengan pelbagai kelulusan. Tenaga Pengajar lepasan luar negara adalah daripada negara Mesir (‘Egypt’), Syria dan Yemen. Manakala lepasan didalam negara adalah daripada Institusi-institusi tempatan, Kolej-kolej islam , maahad dll. Sila lihat lampiran senarai tenaga pengajar yang telah mengajar di Pondok Adek.
· Pada tahun 2010 Pondok Adek mempunyai 4 orang tenaga pengajar serta pengurus yang merangkap pengajar.
· Tenaga pengajar sambilan turut diambil sebagai gantian kepada tenaga pengajar sedia ada apabila pengajar bercuti serta apabila ada keperluan program-program yang dianjurkan oleh Pondok Adek seperti program cuti sekolah ,program ‘smart solat’ dsb.
1). MOHD FAIZAL BIN HAMAT
1). MOHD FAIZAL BIN HAMAT
SPM , STAM & STUP - PUSAT PENGAJIAN PONDOK, KELANTAN.
DIPLOMA SYARIAH - MAAHAD AL-IHSANIAH (MANHAL), P.PINANG.
IJAZAH ADAB ARAB - UNIVERSITY OF DAMESCUS, SYRIA.
2). MOHD MUSLIH BIN MAT HUSING
SEKOLAH AGAMA AL-ANSORIAH FELDA KEMAHANG, KELANTAN.
PONDOK DARUL MUTAQIN BATU GAJAH, KELANTAN.
MADRASAH AL-AMIN SG. PETANI.
3). RABIATON ADAWIYAH BINTI SULAIMAN
SPM - SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAAHAD AL-KHAIR LIL BANAT, PERAK.
DIPLOMA KAUNSELING - KOLEJ TEKNOLOGI ISLAM ANTARABANGSA, MELAKA.
4). SYED ABDULLAH BIN SYED ALWI
SPM -
DIPLOMA -
IJAZAH -
MURID-MURID & PELAJAR
· Pada awal bulan pembukaan Pondok Adek pada tahun 2009, pendaftaran pelajar adalah seramai 16 orang dan bertambah setiap bulan. “Pondok Adek’ menerima pendaftaran pelajar lelaki dan perempuan yang berumur seawal 4 tahun dan ke atas.
· Pada musim cuti sekolah, Pondok Adek menganjurkan Program ‘Mengaji Cuti Sekolah’ dan Program ‘Fardhu Ain Cuti Sekolah’ bagi jangkamasa sepanjang cuti sekolah. Program sebegini mendapat sambutan yang mengalakkan dan pendaftaran murid adalah berstatus tidak tetap contoh pendaftaran program cuti sekolah 2009 adalah seramai 38 orang.
· Dan secara keseluruhannya, sepanjang tahun 2009 bilangan pelajar yang mengikuti program kelas yang terdapat di Pondok Adek adalah seramai 54 orang pelajar.
· Pada tahun 2010 iaitu sehingga bulan Mei 2010, jumlah pelajar yang belajar tetap di ‘Pondok Adek’ adalah seramai 57 orang pelajar dan mereka terdiri daripada peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa.
Read more...