KELAS-KELAS PENGAJIAN
1) Kelas Mengaji Iqra’ / Quran / Hafazan Surah-Surah Lazim (4thn dan keatas)
5 hari seminggu (Isnin - Jumaat)
antara pukul 9am - 12pm (SESI PAGI)
antara pukul 3pm - 5pm (SESI PETANG)
SEJAM BAGI SETIAP SESI
- bagi mengaji Iqra', ustaz atau ustazah akan menggunakan Buku Iqra' 1-6 bagi memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah, bentuk huruf,baris huruf dan bunyinya.
- bagi pengajian Al-Quran, student akan perdengarkan bacaan kepada ustaz atau ustazah untuk dibetulkan bacaan mengikut hukum tajwid dari segi tanda bacaan, baris dan sebagainya.
- untuk kelas Hafazan, student akan di minta membaca dan menghafaz surah-surah lazim atau ayat-ayat Al-Quran yang mudah sahaja.
- setiap student akan ada rekod untuk melihat dan menilai pencapaian mereka setiap hari.
2) Kelas Fardhu Ain (7thn-12thn)
3 hari seminggu (Isnin,Selasa dan Rabu)
pukul 10am - 11pm (SESI PAGI)
pukul 4pm - 5pm (SESI PETANG)
- Pengajar akan mengajar perkara – perkara asas atau bahagian yang penting dalam ilmu fardhu ain seperti :-
a) Bahagian Aqidah yang menerangkan tentang Rukun Iman dan Rukun Islam.
b) Bahagian Bersuci iaitu tentang beristinjak, najis, air dan wudhuk.
c) Bahagian Ibadah berkaitan dengan fardhu solat seperti bacaan solat, hukum dan rukun solat dan sebagainya.
d) Bahagian Akhlak iaitu tentang adab – adab yang paling asas dalam kehidupan seperti adab dengan ibu bapa, adab makan, adab dalam masjid dan lain – lain.
- Kelas ini menghadkan jumlah pelajar seramai 8 atau 10 orang dalam satu kelas. Ini bertujuan supaya pengajar dapat memberi tumpuan kepada setiap pelajar dan pelajar dapat memahami pelajaran dengan mudah.
- Dalam sesi pengajian di kelas ini, pelajar akan menduduki ujian sebanyak 2 kali iaitu pertengahan dan juga akhir tahun. Soalan akan di sediakan oleh bahagian pengurusan pelajar berdasarkan tajuk – tajuk yang telah di ajar di dalam kelas.
1) Kelas Malam
- bagi kelas mengaji dan hafazan sahaja.
- bermula jam 8pm sehingga 9pm selama 3 hari sahaja iaitu Isnin,Selasa dan Rabu.
- terbuka kepada anak-anak berumur antara 7thn dan keatas sahaja.
2) Pakej Kelas
- mengandungi matapelajaran Pendidikan Islam, Jawi dan Bahasa Arab serta termasuk yang utama iaitu Kelas Mengaji.
- operasi pada jam 9am-11am bagi Sesi pagi dan 3pm-5pm bagi Sesi Petang selama 5 hari seminggu (Isnin - Jumaat).
- terbuka kepada anak-anak berumur 7thn sehingga 12thn.
- matapelajaran yang diajar adalah mengikut silivers buku teks sekolah students.
Read more...