Monday, December 13, 2010

HOME

 
‘Pondok Adek’ telah di tubuhkan pada awal tahun 2009, sebagai tempat pengajian bacaan al-Quran / ’Iqra , hafazan surah-surah al Quran, Bahasa Arab dan pelajaran Fardhu Ain terutamanya bagi kanak-kanak di kawasan sekitar Shah Alam ,Selangor.

‘Pondok Adek’ telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menurut Peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nama “ ADEK COTTAGE RESOURCES”      ( SA 0022054-T). Adek Cottage Resources turut mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebagai Pusat Mengajar.

‘Pondok Adek’ beroperasi di alamat : No. 20, Tingkat 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, G9/G Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. Lokasi tempat pengajian ini adalah dibelakang Mc Donald dan diatas Klinik Pediatrik Adek (Klinik Pakar Kanak-Kanak), Seksyen 9, Shah Alam.

Pengasas ‘Pondok Adek’ .adalah Dr. Hj. Amdan bin Ahmad, Pakar Perubatan kanak-kanak klinik pediatrik Adek ,Seksyen  9, Shah Alam, dengan dibantu oleh isterinya, Dr. Hjh. Zainab binti Ramli.

Read more...